Thursday, 31 March 2011
perbualan-lucah-isu-bulu-pele-anwar.
Semalam kawan aku talifon waktu pagi hari sekitar jam 8.00am. Aku yang baru nak masuk Pejabat tepaksa layan panggilan tu memandangkan kalau si jantan tu yang talifon mesti ada benda Suspen yang dia nak sampaikan.
Bila aku jawap panggilan tu dengan takda salam Member aku tanya:
" Bro! Sah memang Lelaki Video Seks tu Anwar Ibrahim"
Aku macam biasa buat muka selamba memandangkan dah jenuh aku menunggu Video Seks ni tapi Hampeh sampai sekarang tak dapat dapat lagi. Aku tanya member aku tu:
"Apa lu merepek pepagi ni bro? Mana buktinya lu kata Anwar Ibrahim?"
Member Aku dengan suara yang agak Bongkak kata: SETERUSNYA
Wednesday, 30 March 2011
Sokongan Jawah dan abangnya pastikan Batang Ai sukar dirampas pembangkang
KUCHING: Sarawak dijangka mempunyai lebih banyak Balai Bomba dan Penyelamat serta kemudahan untuk menyelamat dalam usaha meningkatkan keselamatan awam.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata memandangkan Sarawak negeri besar dan sesetengah tempat sukar dicapai, maka penambahan balai bomba merupakan satu langkah yang wajar dilaksanakan.
“Justeru di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dijangka ada tiga balai bomba baru yang akan ditubuhkan di Sarawak.
“Selain itu kita juga merancang untuk menambah Balai Bomba Mini dengan menumpukan kawasan jauh serta tidak dapat dicapai menggunakan jalan raya atau sungai yang mungkin memerlukan masa agak lama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak yang dihadiri Pengarah JBP Negeri Ahmad Shahabuddin di sini, semalam.
Jelas Lajim penubuhan balai bomba mini yang disifatkan jimat kos itu akan dibantu oleh sukarelawan.
Beliau turut memberitahu, kementerian juga kini dalam usaha untuk mendapatkan sebuah helikopter JBPM masing-masing untuk Sabah dan Sarawak pada tahun ini.
“Ia membuktikan bahawa kerajaan amat serius tentang keselamatan kebakaran walaupun dalam ekonomi yang agak lembap,” tegasnya.
Sehingga kini terdapat sebanyak 258 buah Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Malaysia dan pada tahun 2010 JBPM telah mula melaksanakan 15 buah projek baru di seluruh negara.
Lajim dalam pada itu mengingatkan kepada Jabatan Bomba agar sentiasa berada dalam siapsiaga dari segi fizikal dan mental, ilmu pengetahuan dan kemahiran dan bertindak dengan cepat selain mesra pelanggan.
Jelasnya ia kerana cabaran utama yang dihadapi mana-mana perkhidmatan bomba ialah untuk sampai ke tempat kecemasan dalam masa sesingkat yang mungkin.
“Lebih cepat kita sampai ke tempat kecemasan, lebih tinggi peluang kita menyelamatkan nyawa dan harta benda,” kata beliau.
Sementara itu Ahmad dalam ucapannya berkata Sarawak mencatatkan statistik kebakaran sebanyak 950 kes pada tahun 2010.
Ia katanya terdiri daripada 299 kebakaran melibatkan bangunan, 313 melibatkan kebakaran belukar dan 338 kebakaran lain-lain (mesin, jentera dan sebagainya).
“Bagi statistik kerja-kerja menyelamat Sarawak pada tahun 2010 sebanyak 262 operasi khas yang melibatkan mencari dan menyelamat sementara 89 aktiviti menyelamat di perairan dan kemalangan,” katanya.
Beliau turut memberitahu dalam usaha meningkatkan mutu JBP Negeri, banyak perancangan yang akan dilakukan termasuk meningkatkan fokus khas kepada anggota dan masyarakat setempat.
Selain itu mewujudkan pasukan bomba sukarela di air yang menggunakan bot.
“Ia kerana terdapat banyak kawasan-kawasan di Sarawak khasnya perkampungan di tepi sungai tiada jalan raya.
Kita juga akan meningkatkan kempen keselamatan kebakaran di setiap sudut,” kata beliau sambil menambah kata jabatan juga akan meningkat jumlah pasukan bomba sukarela.
SUMBER : UTUSAN BORNEO
Subscribe to:
Posts (Atom)